29 Disember 2015

40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Peguam Anda Sebelum Memohon Pinjaman Perumahan Di Malaysia

Format: Paperback

Saiz: 5.75" x 8.25”
ISBN-13: 978-967-416-074-6
Jumlah Muka Surat: 246
Berat (Kg): 0.32
===========================
Apa sahaja jenis pinjaman perumahan yang anda untuk membeli apa sahaja jenis hartanah, buku ini akan membantu anda memahami dokumen-dokumen yang anda tandatangani apabila anda mengambil pinjaman perumahan.
Buku ini mengandungi semua soalan (dan jawapan) yang perlu anda tanya peguam anda sebelum menandatangani sebarang pinjaman perumahan.
Buku ini akan:
  1. Membuat anda faham tentang jenis-jenis pinjaman perumahan dan institusi-institusi yang menawarkan.
  2. Menerangkan apakah pinjaman perumahan konvensional dan pinjaman perumahan Islam serta dokumen-dokumen yang digunakan ketika meminjam salah satu daripada -pinjaman-pinjaman  ini.
  3. Menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan penjelasan awal pinjaman, tempoh masa terkunci, rebat dan penalti.
  4. Menerangkan apakah maksud margin, penilaian dan tempoh masa pinjaman.
  5. Menerangkan dengan jelas bagaimana pinjaman perumahan diproses, bagaimana pemeriksaan latar belakang kredit dilakukan menggunakan sistem CCRIS dan CTOS.
  6. Menerangkan keseluruhan transaksi pembelian hartanah dengan pinjaman perumahan secara infografik.

Cara pembacaan mudah dan contoh-contoh yang boleh diaplikasikan akan memudahkan anda untuk mencari topik-topik dalam buku ini mengikut keperluan anda. Buku ini adalah buku yang melengkapkan buku-buku tulisan Khairul Anuar sebelum ini dan apa jua buku mengenai hartanah dan kewangan. Buku ini tidak dipenuhi dengan terma undang-undang seperti ‘institusi kewangan’ yang digantikan dengan perkataan mudah seperti ‘bank’ untuk memudahkan ia difahami oleh para pembaca.

Dapatkan buku 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Peguam Anda Sebelum Memohon Pinjaman Perumahan Di Malaysia Klik Disini 


++++++++++++++++++++++++
#BorongBukuOnline

Pelanggan Setia

Format: Paperback

Saiz: 9" x 6" x 0.4"
ISBN-13: 978-967-369-021-3 
Tarikh Terbit: 14 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 208
Berat (kg): 0.28
*****************************
Percayakah anda, dalam 100 pelanggan yang datang ke premis kita, salah seorang pasti akan memberikan tanggapan negatif tentang khidmat kita. Usahawan pasti sukar menerima kritikan dan cadangan daripada pelanggan. Pelanggan Setia merungkai permasalahan anda sebagai usahawan dalam mengubah pelanggan biasa menjadi Pelanggan Setia dengan penjelasan berikut:


  1. Mengenal pelanggan kita 
  2. Menilai tahap kepuasan pelanggan 
  3. Membudayakan nilai terbaik dalam khidmat pelanggan 
  4. Menjaga hubungan dengan pelanggan 
  5. Kenal pasti punca kenapa pelanggan lari


+++++++++++++++++++++++++++
NakBisnes
http://arazakngah.com

28 Disember 2015

Kuasa Kepimpinan 4E (Energy, Energize, Edge, Executes)

Format: Paperback
Saiz: 9 x 6 x 0.45
ISBN-13: 978-967-369-188-3
Tarikh Terbit: 7 Dec 2012
Jumlah Muka Surat : 192
Berat(kg): 0.30

************************************************

Mengenai Buku Ini

Kepimpinan 4E adalah model kepimpinan hebat yang mencetuskan kontroversi, membawa revolusi, dan penuh inspirasi. Pelaksanaan model kepimpinan ini dapat membaskan tenaga dan aura positif dalam sesebuah organisasi. Ia kadang-kadang mencetuskan kontroversi, namun mampu membawa transformasi yang sangat baik dan menguntungkan syarikat. Model ini dicetuskan oleh Jack Welch, CEO sebuah syarikat yang pernah diiktiraf sebagai syarikat yang terbaik di dunia, iaitu General Electric (GE).

Pada peringkat awal pelaksanaannya, model ini mencetuskan kontroversi dan menerima tentangan yang hebat. Jack Welch memecat ramai pengurus yang berfikiran sempit dan menggantikan mereka dengan individu yang bersedia membaca kehendak pelanggan dan pasaran. Model ini memerlukan kita mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Beliau juga menjual lebih 100 bisnes yang tidak sejajar dengan visi GE dan memberhentikan lebih 100,000 orang pekerja. Tiga tahun selepas penyusunan semula yang menyakitkan ini, GE berubah sepenuhnya menjadi syarikat yang hebat.

Model ini sesuai digunakan oleh para pemimpin, pengurus, dan ketua organisasi bagi memilih dan melatih pekerjanya menjadi aset yang terbaik. Model ini terbukti berkesan dapat menjimatkan kos, menguntungkan syarikat, dan melahirkan pekerja serta pemimpin yang hebat.