1. Jangan lakukan bisnes ToneExcel kerana disebabkan oleh faktor orang lain atau persekitaran. Kita tidak boleh buat bisnes ini kerada ada orang lain buat atau ada orang lain berjaya. Kita mesti buat bisnes ToneExcel kerana kita sendiri ingin berjaya. Bina kekuatan daripada dalam diri kita. Kita ingin berjaya kerana sudah lama hidup susah. Kita ingin berjaya kerana ingin hidup tanpa hutang. Kita ingin berjaya kerana ingin mendapatkan sesuatu yang bernilai untuk keluarga kita.
2. Apabila kita sertai bisnes ToneExcel, ambil tahu berkenaan bisnes tersebut. Tambah ilmu kita dengan membaca dan membuat penyelidikan. Jadikan diri anda sebagai sumber maklumat mengenai bisnes ToneExcel. Anda kena tahu apakah faedah yang kita dapat, berapakah komisyen yang diberikan, bilakah kita perlu top up dan pelbagai lagi. Jangan kita buat sambil lewa dan tidak ambil kisah kerana kos menyertainya adalah rendah. Sayangilah simcard kita seperti kad ATM kita yang mempunyai RM50 ribu di dalamnya.
3. Jauhkan daripada sikap tamak dan dengki. Jangan biarkan sifat syaitan menguasai diri kita. Kita tidak boleh tamak sehingga melakukan perkara- perkara yang tidak sepatutnya seperti mengambil rakan niaga orang lain. Sungguhpun di dalam ToneExcel, seseorang itu boleh mendaftar sehingga 10 akaun. Akaun pertama sahaja sepatutnya di daftar kepada orang yang memperkenalkan kepadanya. Akaun lain di daftar di bawah group dirinya sendiri. Jangan amalkan rasuah untuk menarik rakaniaga orang lain mendaftar di bawah anda. Jangan pula dengki dengan kejayaan orang lain. Allah S.W.T itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Kekayaan juga adalah satu ujian kepada keimanan manusia. Allah S.W.T berupaya menarik nikmat di dalam sekelip mata.
4. Jangan harapkan orang lain untuk berjaya. Jangan sentiasa mengharapkan pertolongan orang. Orang yang berjaya adalah orang yang boleh berdiri dengan sendirinya. Hilangkan kebergantungan kepada rakaniaga atas secepat mungkin. Bergeraklah dengan sendiri dan nescaya usaha daripada titik peluh sendiri itu lebih manis rasa kejayaannya. Kita tak akan boleh berjaya jika asyik mengharapkan bantuan orang, menagih titik peluh orang dan menumpang kelebihan orang lain. Lebih teruk lagi, akhirnya kita pula dipergunakan oleh orang lain untuk kejayaan yang lebih untuk dirinya. Perniagaan Toneexcel adalah perniagaan yang mudah dan InshaAllah, berkat doa dan usaha, kejayaan boleh hadir daripada usaha diri kita sendiri.
5. Jadilah seorang yang fleksibel dan mampu berfikir. Kita mesti menjadi lebih kreatif dan mempunyai daya pemikiran mencipta. Usah kita asyik mengeluh dengan promosi yang tidak berjaya, prospek yang ditunggu bagai menunggu bulan jatuh ke riba dan pelbagai rintangan lagi. Tak boleh cara A, kita buat cara B. Tak boleh cara B, kita buat cara C dan begitulah seterusnya. Tiada erti kata berputus asa di dalam diri kita. Jadilah seseorang yang kuat daripada segi R&D di dalam membina kejayaan di dalam ToneExcel. Kita boleh mulakan dengan mengikut cara orang yang telah berjaya. Namun, kita boleh sentiasa sesuaikan cara tersebut dengan diri kita. Usah kita kata, semua perkara kita dah buat tetapi masih gagal. Betulkah kita sudah membuat semua perkara tersebut?
6. Sedar atau tidak, diri kita sendirilah yang menjadi batu penghalang kepada diri kita. Sebelum kita mencuba, kita sudah sematkan di dalam diri kita "Aku tak boleh berjaya sebab aku tak pandai", "Aku tak boleh berjaya sebab aku tak ada masa", "Aku tak boleh berjaya sebab aku sentiasa gagal di dalam apa juga bisnes yang aku buat". Ini sebenarnya adalah satu perkara yang telah menyebab kita gagal sebelum mencuba. Kita telah mengenepikan peluang yang kita ada oleh kerana sikap yang tidak sepatutnya berada di dalam diri kita. Jika kita tidak yakin dengan diri kita, bagaimana orang lain mahu yakin dengan diri kita. Bagaimana pula Allah S.W.T boleh memberikan kejayaan kepada diri kita jika kita sendiri menidakkannya?
7. Kita mesti ada matlamat di dalam melakukan Bisnes ToneExcel. Masing- masing ada matlamatnya sendiri. Bagi yang bujang, mungkin matlamat tersebut boleh digunakan di dalam merencanakan hidup apabila berumahtangga nanti. Ingin beli kereta idaman, rumah idaman, perlancongan idaman dan pelbagai lagi idaman hati. Bagi yang sudah berumahtangga, saya nasihatkan jadikan bisnes ToneExcel adalah satu projek bisnes berkeluarga. Jangan pula suami buat, isteri tidak buat. Isteri buat, suami tidak buat. Bagus sama- sama buat. Bila dapat hasilnya, bolehlah aturkan satu acara yang istimewa untuk seisi keluarga seperti menginap di hotel 5 star setiap bulan, melancong berbulan madu ataupun mendapatkan rumah idaman. Bayangkanlah rumah idaman sekarang ini, bukan lagi bernilai ratus- ratus ribu tetapi mungkin sudah berjuta. InshaAllah, dengan ToneExcel kita boleh mendapatkannya.
8. Berapa ramaikah yang kita perlu kenalkan ToneExcel setiap bulan? Ini bergantung kepada individu. Namun, angka yang boleh digunapakai ialah 10 orang setiap bulan. Bayangkanlah jika setiap orang mempunyai pemikiran yang sama, setiap orang memperkenalkan 10 orang setiap bulan dan setiap orang top up RM30, kita boleh mencecah pendapatan RM3408 pada bulan ketiga. Ianya tidak mustahil. Tiada halangan bagi yang ingin berjaya. Berusaha kita mencapainya secara online mahupun offline. Sama- sama kita buat.
9. Apabila kita merenung masa depan kita. Jangan lupa untuk kita memikirkan mengenai kehidupan yang akan berubah dengan ToneExcel. Pastikan kita meletakkan impian kita dan disusuli dengan perancangan dan tindakan yang dilakukan. Fikirkan kehidupan tanpa hutang, kehidupan tanpa kerisauan wang ringgit malah generasi kita juga akan diwarisi dengan pendapatan ToneExcel. Apakah impian anda yang belum terlaksana? Pastikan anda ambilkira impian anda tersebut dan masukkan ke dalam perancangan anda. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah S.W.T kerana telah mempertemukan anda dengan bisnes ToneExcel ini.
10. Sentiasa menambah ilmu di dalam mendapatkan teknik marketing terbaik secara online mahupun offline. Masa sentiasa berubah, begitu juga dengan teknologi. Pelbagai ilmu yang kita perolehi. Daripada email marketing, social network marketing, video marketing dan termasuklah website atau blog yang kuat dari segi SEO. Autoresponder yang dikenali sebagai tool no 1 Internet Marketing juga hendaklah digunakan. Jika tidak dapat menguasainya, jangan putus asa. Cuba sedikit demi sedikit. InshaAllah, berjaya. Buat panggilan telefon atau aturkan pertemuan jika perlu. InshaAllah, keihklasan di dalam melakukan perkerjaan ini agar membantu lebih ramai orang akan mendapat banyak ganjarannya.