Pemasaran emel memberi kita peluang untuk mengumpul individu – individu yang minat produk kita.atau minat pada niche produk kita dalam satu senarai emel. Secara tidak langsung, anda boleh fokus untuk mendidik dan menjadikan mereka sebaga pembeli tegar produk yang anda cadangkan dari semasa ke semasa.
Contohnya anda memikat pengguna internet untuk subscribe dengan menawarkan ilmu mengenai perniagaan ClickBank. Dari sini anda akan mendidik mereka untuk berjaya dalam perniagaan ClickBank dan dalam masa yang sama jika mereka ingin lebih tahu mengenai ClickBank mereka perlu membeli produk yang anda cadangkan.
Menariknya, niche ClickBank mengandungi berbagai produk yang boleh di jual. Jadi, anda boleh jual pelbagai produk pada satu senarai emel. Ia sangat menguntungkan.
Bagaimana hendak jadikan pemasaran emel sebagai mesin wang?
Seperti yang kita tahu, AutoResponder mempunyai fungsi untuk menyimpan dan menghantar emel tertentu pada masa tertentu. Anda boleh simpan kandungan emel di autoresponder dan boleh hantar ia pada masa yang anda tetapkan. Jadi, anda boleh jadikan pemasaran emel sebagai autopilot iaitu ia berlangsung sendiri tanpa anda perlu mengawasinya selalu.
Anda siapkan siri emel untuk satu projek senarai emel dan biarkan fungsi autopilot menghantar setiap emel pada subscriber. Apabila sudah siap, anda pergi ke projek lain pula. Lakukan proses yang sama iaitu siapkan siri emel dan biarkan fungsi autopilot menghantar emel.
Jika setiap hari anda siapkan satu projek. Selepas 100 hari, anda sudah ada 100 projek .Yang menariknya 100 projek ini boleh berjalan serentak dan semuanya berjalan secara autopilot. Secara tidak langsung, projek pemasaran emel anda sudah jadi mesin wang iaitu wang sentiasa masuk melaui jualan berbagai jenis produk.
Selain menggunakan fungsi autopilot, anda juga boleh gunakan fungsi broadcast emel. Broadcast emel membolehkan anda untuk menghantar emel segera pada senarai emel. Ia boleh di gunakan untuk promosi produk pada semua senarai emel. Secara tidak langsung, anda boleh dapat keuntungan yang besar.

A Razak Ngah
Email Marketing